OGOS 2026

PREMIER SARAWAK MENGHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG DI ISTANA PASIR PELANGI


JOHOR BAHRU, 5 Ogos 2026 – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, hari ini menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Sesi menghadap Seri Paduka Baginda berlangsung pada pagi ini dan mengambil masa hampir sejam.

Turut hadir, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak; serta Dato’ Mohd Noorazam Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana penuh hormat dan mencerminkan hubungan erat serta kerjasama yang terus terjalin antara kepimpinan Sarawak, Johor dan Kerajaan Persekutuan.

Sumber Foto: Akaun Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar